Aktiviti Pemantauan dan Tinjauan (PT) di Pusat Internet Semop Bersama Komuniti “Hour of Code” & KDB

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menjalankan aktiviti pemantauan dan tinjauan daripada MCMC iaitu aktiviti e-learning Bersama Komuniti “Hour of Code” secara atas talian dan Klik Dengan Bijak (KDB). Aktiviti ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang berumur 15 dan 17 tahun. Aktiviti ini bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini juga dikendalikan oleh peserta sukarelawan MIV, Cikgu Hairul Hairi. Di samping itu, aktiviti ini telah dihadiri oleh 3 orang wakil daripada MCMC iaitu Puan Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Perkhidmatan Komuniti dari HQ Cyberjaya, Encik Shaiful Sandi daripada MCMC Cawangan Bintulu dan Encik Radin anak Blayong daripada MCMC Cawangan Sibu. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung iaitu:
- Kehadiran Peserta
- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
- Tayangan Video KDB
- Q & A: Klik Dengan Bijak
- Aktiviti Utama “Hour of Code”
- Internet of thing “Micro Bit”
- Pemberian Cenderati
- Jamuan ringan
- Bersurai

Oleh itu, Hour of Code merupakan kempen kesedaran yang bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap Coding, pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan di sekolah yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.

Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker. Hour of Code juga merupakan inisiatif 1 jam, yang telah dijayakan oleh lebih daripada 461 juta murid di seluruh dunia.

Tahniah kepada semua peserta kerana dapat menggunakan plotform sedia ada dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Hairul kerana mencurahkan ilmu kepada peserta dan kami juga boleh memanfaatkannya untuk aktiviti Pusat Internet akan datang. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali